FAQ

Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sebahagian daripada agen RHRS!
Apa itu RHRS (dropship)?

Ia adalah proses perniagaan di mana agen RHRS yang telah sah berdaftar dengan RAYYAN HAYA' boleh menjual produk RAYYAN HAYA' tanpa memiliki item tersebut.
Agen RHRS tersebut akan mendapat keuntungan secara komisyen untuk setiap barangan RAYYAN HAYA' yang berjaya dijual kepada pelanggan.

Proses dropship RHRS
  1. Muatturun Dropship Agent Application Form di www.RAYYANHAYA.myshopify.com. Hantarkan ke email wholesalerh@gmail.com bagi memudahkan proses semakan pihak kami dengan subjek: Dropship Agent Application.
  2. RHRS yang sah berdaftar boleh terus dapatkan tempahan pelanggan.
  3. Pelanggan memilih barangan yang AVAILABLE di Instagram RHRS yang dikemaskini oleh RAYYAN HAYA' setiap minggu.
  4. RHRS menghantar *TELEGRAM tempahan yang dibuat oleh pelanggan ke nombor +6014-9925160 berserta dengan nombor keahlian RHRS.
  5. Admin akan membuat pengesahan untuk order tersebut dan memaklumkan kepada RHRS.
  6. RHRS akan menerima mesej OK untuk terima bayaran dari pelanggan atau NO.
  7. Sekiranya arahan NO, RHRS boleh seterusnya menghantar tempahan lain untuk barangan yang masih AVAILABLE. Sekiranya arahan OK, RHRS boleh menerima bayaran penuh daripada pelanggan.
  8. RHRS membuat pengesahan bayaran.
  9. RHRS membuat penghantaran terus kepada pelanggan. Tracking number untuk penghantaran hanya akan diberi sekiranya diminta oleh RHRS.

* Aplikasi boleh dimuatturun di Play Store atau AppStore

Contoh :

RHRS mendapat order NURA BASIC PLUS JUBAH 1 unit daripada pelanggan, setelah RHRS TELEGRAM tempahan tersebut kepada Admin beserta nombor keahlian RHRS, RAYYAN HAYA' memberi signal OK untuk menerima bayaran dari pelanggan.

Pelanggan akan membayar RM 85 + POSTAGE RM 8 (harga JUBAH & Postage) kepada RHRS, kemudian RHRS hanya perlu membuat bayaran RM83 sahaja kepada RAYYAN HAYA' kerana komisyen yang RHRS dapat untuk NURA BASIC PLUS JUBAH adalah RM10 (contoh komisyen).

RAYYAN HAYA' akan membuat penghantaran produk kepada pelanggan setelah membuat pengesahan bayaran daripada RHRS.

Komisyen dropship RHRS

RHRS mempunyai beberapa variasi harga produk yang berharga dari RM 85 hingga RM 189 (setakat ini) seperti di bawah, dan komisyennya adalah di antara 10% - 20% daripada harga jualan setiap produk:

  1. JUBAH BERNILAI RM 99 KE BAWAH - Komisyen RM 10
  2. JUBAH BERNILAI ANTARA RM 100-RM 149 - Komisyen RM 15
  3. JUBAH BERNILAI ANTARA RM 150-RM 199 - Komisyen RM 20
Syarat-syarat dropship RHRS
  1. Yuran komitmen RM 100 setiap tahun (bermula dari tarikh penyertaan seperti contoh, 21 Sep 2014 – 21 Sep 2015)
  2. Kaedah jualan boleh dilakukan secara offline atau online.
  3. Agen RHRS hanya boleh menjual koleksi Rayyan Haya' yang di-upload di Instagram "private" RH_RS (*kami akan mengemaskini koleksi yang boleh dijual setiap minggu dengan tambahan koleksi atau koleksi baru).
  4. Nilai komisyen akan berubah dari masa ke semasa mengikut ketetapan RAYYAN HAYA' (akan ada hari insentif di mana komisyen akan lebih tinggi daripada hari biasa).
  5. Agen RHRS tidak dibenarkan menggunakan semua gambar Rayyan Haya' tanpa kebenaran. Hanya dibenarkan menggunakan gambar yang ada di Instagram RH_RS.
  6. Hanya terima bayaran daripada pelanggan apabila Rayyan Haya' memberi signal OK untuk satu-satu produk setelah RHRS membuat tempahan.
  7. Nombor keahlian akan dibatalkan sekiranya tiada pembelian daripada RHRS dalam tempoh masa 3 bulan.
Kelebihan dropship RHRS
  1. Yuran komitmen tahunan RM 100 akan dikembalikan 100% apabila RHRS Berjaya membuat jualan sebanyak RM 2000 dalam setahun. (Contoh: Jualan Nura Basic Jubah 24 unit : 24 unit x RM 85 = RM 2040, yuran komitmen akan dipulangkan kepada RHRS)
  2. InshaAllah hadiah bulanan dalam bentuk wang ringgit sekiranya mencecah target jualan dalam RHRS CHALLENGE setiap bulan.
  3. Boleh menggunakan gambar-gambar di page Instagram RAYYAN HAYA' (@rayyanhaya) untuk tujuan promosi.
Larangan dropship RHRS
  1. RHRS dilarang untuk membuat sebarang promosi atau spam di mana-mana ruangan komen atau gambar di page Facebook rasmi RAYYAN HAYA' mahupun di ruangan komen Instagram @rayyanhaya.
  2. RHRS dilarang membuang watermark RAYYAN HAYA' apabila membuat promosi jualan menggunakan gambar-gambar RAYYAN HAYA'.
  3. RHRS dilarang menjual produk RAYYAN HAYA' melebihi harga yang telah ditetapkan oleh RAYYAN HAYA'.
Bayaran Komitmen dropship RHRS

Bayaran untuk yuran komitmen RHRS sebanyak RM 100 boleh dibayar terus ke akaun :
MAYBANK - 562526504144 (RAYYAN HAYA)
Pembayaran dalam tempoh 24 jam selepas pengesahan.

  1. Selepas pembayaran dilakukan, pastikan bukti pembayaran dalam bentuk:
    - GAMBAR RESIT (tangkap guna camera atau HP) atau
    - PRINT SCREEN TRANSAKSI BANK
  • Hantarkan ke email wholesalerh@gmail.com bagi memudahkan proses semakan pihak kami.
  • Jika bukti pembayaran dihantar selain ke email kami, ia berkemungkinan menyebabkan status pembayaran anda terjejas/terlambat/terlepas pandang kerana lambakan SMS dan message di FB.

  • Semoga Allah memberkati dan merahmati usaha kita dalam mencari rezeki yang halal..
    Terima kasih! =)